Pages

Friday, 23 December 2016

Resepi Aglio Olio Kosong #dapobujang

Bosan dengan mee segera dan telur? inginkan selera lain, apa kata cuba makanan asal Itali ini,mudah dan sedap!



Bahan bahan

  • Spagheti
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 sudu minyak zaitun ataupun olive oil
  • 1 sudu chilli flakes


Rebus spagheti sehingga lembut,bila sudah lembut asingkan
Panaskan minyak zaitun,bila sudah panas ,masukkan bawang putih yang sudah dicincang
Biarkan bawang putih jadi kekuningan,jangan sampai hangit
Masukkan spagheti yang telah direbus tadi
masukkan chilli flakes
masak seketika
boleh ditambah bahan perisa seperti secukup rasa,tapi saya tak letak


siap!

olio kosong bujang style!



Wednesday, 21 December 2016

[Video] Jepun Cipta Teknologi untuk bujang bujang !




Sebuah syarikat di Jepun, Gatebox telah melancarkan satu teknologi baru iaitu peranti hologram teman wanita maya yang berperanan untuk mengambil berat tentang anda,bujang bujang kesepian LOL.
Selain dari menghantar mesej, holografik robot kecil ini juga dikatakan boleh mengawal masa serta pencahayaan. Super canggih!
Teknologi ini tidak murah harganya, bujang bujang boleh menabung dari sekarang jika berminat.






Thursday, 10 November 2016

Applikasi Untuk Bujang Yang Malas Kemas Katil !




Ye, nak kemas katil sendiri mungkin antara perkara paling malas bagi kebanyakkan orang. Dia punya malas, sampai nak tidur balik pun masih tak kemas-kemas.
Sekarang bujang bujang tidak lagi perlu risau, sebab app ini akan bantu anda kemas katil!



 Smartduvet, apps yang sedang diuji di Kickstarter, datang dengan ciri-ciri moden dan canggih apabila apps yang dimuat turun dalam telefon bimbit masing-masing akan mengemas katil mengikut arahan yang diberikan.






Wednesday, 19 October 2016

Resepi Mee Sedaap Telur Mata #dapobujang


Mee goreng no 1 kesukaan rakyat Malaysia!

Bahan bahan

  • Mee Sedaap
  • Telur ayam


Rebus air didalam pot
Bila sudah mendidih,masukkan mee,tunggu sehingga mee lembut sedikit
Tapiskan dan letak didalam pinggan
Letakkan semua perencah diatas mee dan gaul rata

Untuk telur mata pula,letak sedikit minyak di atas pan
Bila minyak dah panas , letakkan telur
Telur dah siap letak di atas mee sedaap


Siap!

Thursday, 25 August 2016

Cara Senang Nak Tahu Telur Elok Lagi Atau Tidak #tipsbujang




Sebagai seorang bujang, makanan paling mudah selain mee segera ialah telur. 
Ada sesetengah telur akan ada tarikh luput pada tray bungkusan. Ada yang tak ada. Tapi kalau dah susun elok dalam frigde dah tak tahu dah bila tarikh luput, elok lagi ke tidak kan. Nak tahu elok ke tak kena pecahkan dulu baru tahu. 
Tapi macam mana nak tahu tanpa pecah kan telur tersebut? Haa ada cara mudah iaitu hanya isi mangkuk dengan air sejuk dan letakkan telur di dalam mangkuk. Jika telur tenggelam ke bawah dan berada dalam keadaan melentang tu maknanya masih segar. Jika telur tu dah berusia beberapa minggu tetapi masih baik untuk dimakan, ia akan berdiri di atas satu hujung di bahagian bawah mangkuk. Tapi jika telur terapung ke permukaan, tu tandanya dah tidak lagi cukup segar atau tak elok untuk dimakan.
Nak lagi selamat,sebelum masak telur,pecahkan dulu dalam mangkuk lain.

Monday, 1 August 2016

Resepi Maggi Mee Telur Klasik #dapobujang


Hello, Salam entry pertama dapo bujang!

Sebagai seorang bujang makanan wajib adalah maggi mee ,simple ringkas mudah dibuat,dan murah. So entry pertama Dapo Bujang, sudah semestinya resepi maggi mee.

Kebiasaan maggi mee akan dimakan bersama telur, itu biasa . Resepi harini masih mengunakan telur, tapi magginya dihancurkan ,mesti cuba!


Bahan bahan

  • Maggi ayam
  • Telur ayam
  • Lada sulah 




Rebus 300ml air dalam periuk
Tunggu sehingga mendidih
Bila dah mendidih masukkan maggi mee yang telah dihancurkan

Maggi mee yang dah dihancurkan

Biarkan Maggi mee lembut sedikit
Masukkan telur
Kacau telur perlahan lahan
Masukkan lada, kalau tak suka lada boleh skip part ini

SIAP!



Jemput makan semua.