Pages

Thursday, 25 August 2016

Cara Senang Nak Tahu Telur Elok Lagi Atau Tidak #tipsbujang




Sebagai seorang bujang, makanan paling mudah selain mee segera ialah telur. 
Ada sesetengah telur akan ada tarikh luput pada tray bungkusan. Ada yang tak ada. Tapi kalau dah susun elok dalam frigde dah tak tahu dah bila tarikh luput, elok lagi ke tidak kan. Nak tahu elok ke tak kena pecahkan dulu baru tahu. 
Tapi macam mana nak tahu tanpa pecah kan telur tersebut? Haa ada cara mudah iaitu hanya isi mangkuk dengan air sejuk dan letakkan telur di dalam mangkuk. Jika telur tenggelam ke bawah dan berada dalam keadaan melentang tu maknanya masih segar. Jika telur tu dah berusia beberapa minggu tetapi masih baik untuk dimakan, ia akan berdiri di atas satu hujung di bahagian bawah mangkuk. Tapi jika telur terapung ke permukaan, tu tandanya dah tidak lagi cukup segar atau tak elok untuk dimakan.
Nak lagi selamat,sebelum masak telur,pecahkan dulu dalam mangkuk lain.

Monday, 1 August 2016

Resepi Maggi Mee Telur Klasik #dapobujang


Hello, Salam entry pertama dapo bujang!

Sebagai seorang bujang makanan wajib adalah maggi mee ,simple ringkas mudah dibuat,dan murah. So entry pertama Dapo Bujang, sudah semestinya resepi maggi mee.

Kebiasaan maggi mee akan dimakan bersama telur, itu biasa . Resepi harini masih mengunakan telur, tapi magginya dihancurkan ,mesti cuba!


Bahan bahan

  • Maggi ayam
  • Telur ayam
  • Lada sulah 




Rebus 300ml air dalam periuk
Tunggu sehingga mendidih
Bila dah mendidih masukkan maggi mee yang telah dihancurkan

Maggi mee yang dah dihancurkan

Biarkan Maggi mee lembut sedikit
Masukkan telur
Kacau telur perlahan lahan
Masukkan lada, kalau tak suka lada boleh skip part ini

SIAP!



Jemput makan semua.